AGENDA

Kerajaan Negeri kaji semula program perlindungan rakyat, elak pertindihan

24 Nov 2023, 4:32 AM
Kerajaan Negeri kaji semula program perlindungan rakyat, elak pertindihan

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri meneliti semula program perlindungan yang ditawarkan kepada rakyat bagi mengelak pertindihan antara satu sama lain, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata program yang bakal dinilai semula ialah Skim Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

"ISS sudah mempunyai skim untuk hospitalisasi dan sedang tengok balik keseluruhan program perlindungan supaya tiada 'over lapping'.

"Ini kerana ISS tawar perlindungan kematian RM5,000 manakala INSAN RM10,000. Perkara penting dapat lindungi rakyat semaksimum mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wakil rakyat Bandar Baru Klang Dr. Quah Perng Fei berhubung skim meliputi penyakit kritikal dan hospitalisas di Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurut Amirudin sebanyak RM21 juta diperuntuk bagi skim INSAN yang merupakan perlindungan insurans am berkumpulan dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

"Sebanyak RM12 juta diperuntuk INSAN konvensional manakala RM9 juta untuk takaful. Bagi rakyat beragama Islam kita sudah tukar kepada takaful sesuai seperti dicadang pejabat mufti Selangor," katanya.

INSAN diwujudkan bagi menyediakan perlindungan kepada penduduk negeri ini yang mengalami kecederaan atau kematian akibat kemalangan.

Selangor satu-satunya negeri yang menawarkan skim percuma yang merupakan satu daripada lebih 40 inisiatif dalam Iltizam Selangor Penyayang yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619