EXCO

EXCO: Negeri laksana dua polisi tingkat kualiti air, tangani pencemaran sungai

23 Nov 2023, 10:42 AM
EXCO: Negeri laksana dua polisi tingkat kualiti air, tangani pencemaran sungai

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menggerakkan inisiatif Polluter-Pays Principle (PPP) dan polisi sifar lepas bahan buangan (zero discharge policy) tahun hadapan.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif itu adalah langkah jangka panjang terhadap isu pencemaran dan kawalan pelepasan efluen daripada aktiviti premis.

"Polisi ini adalah pendekatan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban sektor pembangunan dan ekonomi terhadap sumber air dan alam sekitar.

"Pelaksanaan kedua-dua polisi ini dilihat mampu meningkatkan kualiti air sungai dan ekosistem persekitarannya sekali gus mengurangkan impak negatif daripada sektor ekonomi.

"Ia juga bagi menggalakkan amalan pengurusan terbaik (Best Management Practices, BMPs) atau teknologi hijau seperti kitar semula pelepasan efluen oleh sektor ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wakil rakyat Taman Medan Dr Afif Bahardin berhubung pencemaran sungai di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Jamaliah menjelaskan pemantauan kualiti sungai turut dilaksana menggunakan inisiatif dron berteknologi tinggi dengan kerjasama syarikat dron terkenal, Aerodyne Group.

"Pemantauan dilaksanakan setiap tiga bulan di 31 kawasan berisiko tinggi di seluruh sungai Selangor kemudian Aerodyne akan mengeluarkan laporan berhubung kualiti sungai berkenaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619