AGENDA

Projek WTE: Pelantikan YTL sebagai rakan strategik telus, sistematik

23 Nov 2023, 4:17 AM
Projek WTE: Pelantikan YTL sebagai rakan strategik telus, sistematik
Projek WTE: Pelantikan YTL sebagai rakan strategik telus, sistematik

SHAH ALAM, 23 NOV: Pelantikan YTL Power International Berhad sebagai rakan strategik bagi projek loji sisa kepada tenaga (WTE) dibuat mengikut tatacara perolehan telus dan sistematik.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Suee Lim berkata proses pemilihan dibuat bermula 12 November 2019 menerusi pelawaan memberi cadangan (RFP) yang diiklankan secara terbuka dalam media massa.

Beliau menjelaskan sebanyak 38 syarikat termasuk dari luar negara berminat untuk memajukan projek kendalian KDEB Waste Management (KDEBWM) dengan kelayakan dinilai pakar secara komprehensif.

"Penilaian akhir dibuat di tapak untuk melihat keberkesanan teknologi dicadang syarikat terbabit. Lembaga pengarah kemudian meluluskan YTL Power International Berhad sebagai rakan strategik

[caption id="attachment_614939" align="aligncenter" width="752"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggunakan jengkaut bagi gimik perasmian majlis pecah tanah pembinaan kemudahan Sisa kepada Tenaga (WTE) Jeram antara Worldwide Holdings Berhad dan Shanghai Electric Power Generation (M) Sdn Bhd di Jeram pada 17 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Pemilihan itu dibuat selepas semua melepasi parameter pemilihan yang ditetapkan panel penilai termasuk mengambil kira pengalaman dan kepakaran dalam sektor tenaga," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Gombak Setia Muhammad Hilman Idham berhubung proses pemilihan YTL Power International Berhad bagi projek WTE dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Suee Lim menambah Kerajaan Negeri juga akan memastikan kepentingan KDEBWM sebagai anak syarikat terpelihara selain mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

"Perjanjian ini sudah tentu akan memperincikan perkara-perkara obligasi termasuk modal, keuntungan, kerugian, kuasa, tanggungjawab, penyelesaian pertikaian dan sebagainya," katanya.

Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan projek WTE yang dibina di Jeram, Kuala Selangor bakal menghasilkan bekalan elektrik untuk 200,000 unit rumah.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, loji pertama negeri yang dijangka beroperasi pada 2026 merupakan ikhtiar pentadbirannya dalam memastikan Selangor diurus dengan mampan dan berhemah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619