AGENDA

Ibu tunggal rugi lebih RM170,000 diperdaya sindiket cinta maya

20 Nov 2023, 5:00 AM
Ibu tunggal rugi lebih RM170,000 diperdaya sindiket cinta maya

KUANTAN, 20 NOV: Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terpedaya dengan sindiket ‘Love Scam’ atau penipuan cinta selepas berkenalan dengan seorang individu menerusi laman sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata penjawat awam berusia 40 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Instagram bulan lepas sebelum berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.

Lelaki berkenaan juga katanya, telah berjanji untuk mengahwini mangsa.

"Beberapa minggu kemudian, lelaki itu telah meminjam wang mangsa sebanyak RM1,500 dengan alasan untuk membuat pembayaran bil hospitalnya dan berjanji akan memulangkan semula wang itu.

"Bagaimanapun, lelaki itu terus meminjam wang mangsa dengan menggunakan pelbagai alasan dan wanita berkenaan telah membuat sembilan transaksi melibat wang berjumlah lebih RM170,400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang berasa ditipu telah membuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan individu tidak dikenali dan jangan mudah mempercayai kenalan menerusi media sosial.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619