AGENSI

1,000 kupon digital diedar di Jeram sempena Kempen PLATS Masuk Pasar

19 Nov 2023, 6:14 AM
1,000 kupon digital diedar di Jeram sempena Kempen PLATS Masuk Pasar
1,000 kupon digital diedar di Jeram sempena Kempen PLATS Masuk Pasar
1,000 kupon digital diedar di Jeram sempena Kempen PLATS Masuk Pasar
1,000 kupon digital diedar di Jeram sempena Kempen PLATS Masuk Pasar

KUALA SELANGOR, 19 NOV: Sebanyak 1,000 kupon Digital Rahmah bernilai RM5 diedar kepada pengunjung pasar pagi Sungai Buloh, Jeram di sini hari ini.

Agihan kupon sempena Kempen Platform Selangor (PLATS) Masuk Pasar disempurnakan oleh ketua pegawai operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Saipolyazan M Yusop berkata inisiatif berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peniaga berdaftar bawah PLATS sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

[caption id="attachment_614197" align="aligncenter" width="744"] Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (tengah) ketika ditemui media di Kempen PLATS Masuk Pasar di pasar pagi Sungai Buloh di Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Untuk hari ini sebanyak 1,000 kupon digital dengan nilai keseluruhan RM5,000 diagih kepada pengunjung pasar. Mereka boleh gunakan kupon itu di 26 peniaga pasar yang berdaftar bawah PLATS.

"Kita mahu peniaga berdaftar dapat manfaat pendigitalan yang disediakan PLATS seperti latihan perniagaan dan pembiayaan tanpa faedah. Mereka juga boleh mendapat akses kepada program dilaksana seperti Pameran Udara Selangor 2023 (SAS 2023).

"Ini pendedahan yang ingin kita beri kepada peniaga pasar selain membantu mereka meningkatkan pendapatan jualan dan mendigitalkan perniagaan," katanya ditemui pada program tersebut.

 

[caption id="attachment_614194" align="aligncenter" width="812"] Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (dua kanan) menggunakan aplikasi PLATS bagi menebus kupon Digital Rahmah ketika Kempen PLATS Masuk Pasar (PMP) di pasar pagi Sungai Buloh di Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Saipolyazan menjelaskan kempen tersebut diteruskan ke 11 lagi lokasi di setiap pihak berkuasa tempatan sehingga Disember depan.

"Sepanjang November ini ada enam lokasi kempen akan diadakan dan peniaga-peniaga yang berminat boleh berdaftar menerusi laman sesawang PLATS.

"Perancangan masa depan lebih ramai akan berdaftar dan akan perbanyak lagi lokasi agihan kupon dalam membantu peniaga," katanya.

[caption id="attachment_614196" align="aligncenter" width="749"] Duta RDS Annisha Abdul Hamid memberi penerangan kepada pengunjung cara mengimbas kod QR untuk mendapatkan kupon Digital Rahmah RM5 ketika Kempen PLATS Masuk Pasar di pasar pagi Sungai Buloh di Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan perusahaan kecil mikro sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619