BERITA UTAMA

Mayang juara Asli Battle of The Bands, terima wang tunai RM3,500

19 Nov 2023, 2:00 AM
Mayang juara Asli Battle of The Bands, terima wang tunai RM3,500
Mayang juara Asli Battle of The Bands, terima wang tunai RM3,500
Mayang juara Asli Battle of The Bands, terima wang tunai RM3,500
Mayang juara Asli Battle of The Bands, terima wang tunai RM3,500

SHAH ALAM, 19 NOV: Kumpulan Mayang mewakili Gombak dan Petaling menjuarai pertandingan Asli Battle of The Bands (ABOTB) selepas menewaskan tujuh pesaing sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500.

Program julung kali anjuran Kerajaan Negeri menobatkan Mask Band (Gombak dan Petaling) sebagai naib juara manakala Zangkud (Hulu Langat dan Sepang) di tempat ketiga, masing- masing menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

[caption id="attachment_614155" align="aligncenter" width="763"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah bergambar bersama pemenang pertandingan akhir Asli Battle Of The Bands (ABOTB) di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 18 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Hadiah disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam majlis di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini malam tadi. Hadir sama EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah.

Amirudin dalam ucapannya berkata ABOTB menjadi bukti golongan minoriti itu tidak dipinggirkan dan menerima bantuan sama rata dengan kaum lain.

[caption id="attachment_614157" align="aligncenter" width="751"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika pertandingan akhir Asli Battle Of The Bands (ABOTB) di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 18 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Pertandingan ini untuk kita ketengahkan bakat dan persembahan berkualiti dalam kalangan anak Orang Asli. Sebagaimana janji kita, tak ada siapa pun akan tersisih dan akan terima pembelaan.

“Majlis malam ini sebagai tanda penghargaan kepada Orang Asli. Kita harap dapat cungkil bakat dan kumpulan ini akan mengharumkan nama Selangor serta negara pada masa depan,” katanya.

[caption id="attachment_614158" align="aligncenter" width="728"] Aksi sebahagian daripada kumpulan muzik pada pertandingan akhir Asli Battle Of The Bands (ABOTB) di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 18 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

ABOTB diperkenalkan tahun ini bagi mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan Orang Asli sebelum diketengahkan ke dalam industri seni.

Sebanyak 25 kumpulan muzik melibatkan kira-kira 125 Orang Asli bersaingan menerusi 74 sesi jelajah saringan yang dianjur di semua perkampungan tradisi Asli.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619