AGENDA

Percepat proses bawa keluar mangsa sindiket tipu kerja di Myanmar

19 Nov 2023, 1:45 AM
Percepat proses bawa keluar mangsa sindiket tipu kerja di Myanmar

BEIJING, 19 NOV: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata pihaknya akan mempercepat proses susulan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Beliau berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa tindakan susulan bagi memastikan proses membawa keluar mangsa dapat dilakukan dengan lebih mantap.

"Bagi pihak Wisma Putra, kita amat gembira apabila beberapa isu telah dibincangkan sewaktu lawatan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Fadillah (Yusof) dan telah mendapat persetujuan.

“Untuk kes yang berlaku di Myanmar, hasilnya amat positif apabila kita dapat menjalin kerjasama dengan China,” katanya ketika menghadiri sidang media Fadillah yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke China semalam.

Terdahulu, Fadillah berkata China telah memberikan komitmen untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

“Apabila terlibat dengan jenayah penipuan ini, mereka tidak mempunyai pasport dan tidak dapat keluar dari negara berkenaan maka kita berusaha dengan apa sahaja prosedur untuk membawa mereka balik,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619