AGENDA

Pentadbiran negeri terbuka terima kritikan, beri banyak ruang pembangkang berbahas

18 Nov 2023, 10:00 AM
Pentadbiran negeri terbuka terima kritikan, beri banyak ruang pembangkang berbahas

GOMBAK, 18 NOV: Pentadbiran negeri sentiasa terbuka menerima kritikan termasuk memberi banyak ruang kepada blok pembangkang berbahas pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Dato' Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan pembangkang supaya membahaskan perkara berdasarkan fakta dan angka bukannya fitnah yang menyebabkan perpecahan.

"Yang jadi pembangkang, teruskan menegur... malah di dewan saya beri ruang ketua pembangkang untuk berbahas. Malah, lanjutkan perbahasan sehingga 7 malam untuk beri ruang kepada semua bercakap selain kerajaan menjawab semua diusulkan pembangkang.

"Hendak bangkang boleh, tetapi kenalah betul, bukannya sepanjang waktu. Kalau semua hendak jadikan isu, kita akan berpecah belah dan membawa musibah serta keburukan.

"Hendak kritik boleh tetapi biar dengan fakta dan angka bukannya fitnah. Tamadun tidak dibina dengan fitnah," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada majlis perasmian program Khidmat Komuniti Madani di Taman Berlian di sini, hari ini.

Sidang DNS dijangka berlangsung selama dua minggu hingga 24 November bermula dengan pembentangan Belanjawan Selangor 2024 pada 10 November lalu.

Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung sidang DNS melalui laman sesawang SelangorTV selain Facebook Media Selangor dan Amirudin Shari.

Pada 19 Oktober, Sultan Selangor menitahkan supaya perdebatan dalam sidang DNS berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan tanpa dicemari penggunaan bahasa kasar serta tidak sopan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut mengingatkan perjalanan sidang dewan tidak harus dicemari dengan perangai yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619