AGENDA

TNB tanggung kos rawatan kanak-kanak mangsa renjatan elektrik

18 Nov 2023, 12:45 AM
TNB tanggung kos rawatan kanak-kanak mangsa renjatan elektrik

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyalurkan segala bantuan termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan seorang kanak-kanak yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, kelmarin.

TNB dalam satu kenyataan, memaklumkan pihaknya amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan memastikan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendapat rawatan yang terbaik.

Katanya, wakil pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa kanak-kanak tersebut di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.

"Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan.

"Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka," menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan TNB sendiri telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

Semalam, media melaporkan mangsa melecur seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik dipercayai tersentuh perkakasan elektrik selepas memasuki bilik janakuasa elektrik tersebut untuk mengambil bola yang terpanting masuk.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619