AGENDA

HASiL sumbang RM315,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin

17 Nov 2023, 1:33 PM
HASiL sumbang RM315,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM315,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam.

HASiL dalam kenyataan memaklumkan sumbangan itu dikumpul daripada kakitangannya di seluruh negara sebagai tanda solidariti serta semangat kemanusiaan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin, selain membantu mengurangkan penderitaan mereka yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza.

“Ia juga merupakan manifestasi sokongan dan solidariti HASiL bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam usaha membantu misi kemanusiaan, sekali gus memupuk semangat Malaysia MADANI yang menyokong keamanan sejagat,” menurut kenyataan itu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi kepada wakil Kementerian Luar Negeri Jeremiah Oliver Jitos di bangunan Menara HASiL, Cyberjaya hari ini,

Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 24 Oktober lepas dan dibuka hingga 10 Nov lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619