EXCO

EXCO: Pimpinan baharu PeBS dilantik tahun depan, perhebat program belia

17 Nov 2023, 9:41 AM
EXCO: Pimpinan baharu PeBS dilantik tahun depan, perhebat program belia

SHAH ALAM, 17 NOV: Pelantikan pimpinan Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang dijenamakan semula daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) akan dilaksanakan tahun depan.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi memaklumkan lantikan PeBS yang lalu telah tamat secara automatik apabila Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubarkan Jun lalu.

“Untuk lantikan PeBS yang baharu kita akan buat tahun hadapan bersekali dengan pelantikan ahli majlis kerajaan tempatan, ketua kampung dan lantikan lain.

“Prosedur pelantikan mereka akan kita selaraskan semula dan dilakukan pada tahun depan,” katanya menjawab soalan  wakil rakyat Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai pelantikan PeBS pada sidang DNS hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Najwan berkata tatacara penggunaan kewangan melibatkan PeBS dijangka akan turut diselaraskan pada tahun akan datang untuk memudahcara pelaksanaan program.

“Peruntukan untuk PeBS ketika ini adalah (melalui) PBT selepas ini akan ubah dan mudahkan proses tersebut untuk memudahkan mereka melaksanakan program dari semasa ke semasa.

“Selain itu, pelaksanaan program juga akan disesuaikan dengan konteks semasa seperti memperbanyakkan program kepimpinan dan literasi politik selaras perubahan dasar di peringkat persekutuan yang telah membenarkan individu berusia 18 tahun ke atas mengundi,” katanya.

Dalam pada itu katanya menerusi Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 sebanyak 153 program pemerkasaan belia dilaksanakan di Selangor mengikut 10 teras termasuk kebudayaan, kreativiti dan sukan.

Selain itu keusahawanan dan ekonomi digital, pekerjaan dan pembangunan kemahiran, pendidikan, media digital dan sosial serta keseimbangan alam sekitar.

PeBS dijenamakan semula pada 2021 dari PeBT yang mula diperkenalkan sejak 2009.

Pemimpin belia setempat itu memainkan peranan kepada agenda pembangunan generasi muda di setiap Dewan Undangan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619