EXCO

EXCO: Permohonan SMUE naik tiga kali ganda susulan nilai baucar RM150

14 Nov 2023, 5:19 AM
EXCO: Permohonan SMUE naik tiga kali ganda susulan nilai baucar RM150
EXCO: Permohonan SMUE naik tiga kali ganda susulan nilai baucar RM150

SHAH ALAM, 14 NOV: Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) meningkat tiga kali ganda berikutan penambahan nilai baucar Jom Shopping daripada RM100 kepada RM150 yang dilaksana tahun ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata seramai 110,566 warga emas memohon skim berkenaan setakat Oktober, berbanding 29,777 permohonan yang diterima sepanjang tahun lalu.

“Ini menyebabkan kelewatan pendaftaran ahli SMUE selain faktor penjenamaan semula Skim Mesra bagi golongan orang kurang upaya (OKU) kepada Skim Mesra Insan Istimewa.

[caption id="attachment_613338" align="alignleft" width="460"] EXCO Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Selain itu, penebusan baucar juga tidak lagi dibuat pada bulan kelahiran, sahaja sebaliknya boleh dibuat sepanjang tahun,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Menjawab soalan wakil rakyat Pandamaran Leong Tuck Lee, Anfaal berkata Kerajaan Negeri membentuk pasukan khas yang bertanggungjawab memproses permohonan terbabit bagi mengatasi isu kelewatan.

Jelasnya, usaha itu membolehkan 39,882 borang diproses dalam tempoh seminggu selain Yayasan Warisan Anak Selangor berusaha menyemak dengan kelulusan dijangka selesai akhir Disember ini.

“Kerajaan Negeri juga merancang untuk mendigitalkan skim ini melibatkan proses pendaftaran sehingga penebusan e-baucar, yang dijangka dilaksana pertengahan tahun depan,” katanya.

Mulai tahun ini, nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 melibatkan peruntukan RM37.5 juta dengan had kelayakan pendapatan isi rumah turut dinaikkan kepada RM3,000 sebulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619