ADN

Kejohanan Futsal Piala Harapan Damansara tawar RM5,000

14 Nov 2023, 1:00 AM
Kejohanan Futsal Piala Harapan Damansara tawar RM5,000
Kejohanan Futsal Piala Harapan Damansara tawar RM5,000

SHAH ALAM, 14 NOV: Orang ramai berpeluang membawa pulang wang tunai sehingga RM5,000 menerusi Kejohanan Futsal Piala Harapan 2023 di Republic of Futsal, Petaling Jaya pada 25 November ini.

Pengerusi dan Pengarah Projek Kelab Roket Damansara berkata pertandingan anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Roket Damansara dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku turut mendapat sokongan Pejabat Parlimen Damansara.

“Susulan kejayaan penganjuran Kejohanan Futsal Piala ADN Kampung Tunku pada Julai lalu, kita teruskan lagi pada 25 November ini yang akan dikendalikan Kelab Sukan dan Rekreasi Roket Damansara.

“Selain menggalakkan anak muda untuk amal gaya hidup sihat, objektif kejohanan juga untuk mengeratkan silaturahim melalui sukan,” kata Nur Rahim Nasir kepada Selangorkini.

Menurut beliau, kejohanan akan melibatkan penyertaan 48 pasukan dan format perlawanan akan diadakan dalam liga sebelum ke peringkat kalah mati.

Mengikut poster kejohanan di Facebook ADN Kampung Tunku Lim Yi Wei, juara bakal membawa pulang RM5,000 bersama piala iringan, naib juara (RM3,000), tempat ketiga (RM2,000), keempat (RM1,000) dan kelima hingga kelapan masing-masing menerima wang tunai RM500.

Pasukan yang berminat boleh melayari Facebook Piala Harapan Damansara atau hubungi 018-9060270 (Rahim) untuk maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619