AGENDA

Undang-undang syariah utuh di Selangor, kemuliaan Islam dipertahan Sultan

13 Nov 2023, 5:52 AM
Undang-undang syariah utuh di Selangor, kemuliaan Islam dipertahan Sultan

SHAH ALAM,13 NOV: Kedaulatan undang-undang syariah kekal utuh di Selangor justeru segala fitnah mendakwa kedaulatannya terancam perlu dihentikan, kata EXCO belia.

Mohd Najwan Halimi menegaskan kemuliaan agama Islam di negeri ini dipelihara dan dipertahankan dengan tegas oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Segala urusan perundangan melibatkan hal ehwal umat Islam di Selangor tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Hentikan fitnah dan pendustaan kalian wahai Pemuda PAS Malaysia!,” katanya di laman X, hari ini.

Mohd Najwan mengulas hantaran di laman X Pemuda PAS Malaysia semalam yang mendakwa kononnya undang-undang jenayah syariah di Selangor mungkin tidak lagi diguna pakai.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 November ini bagi menyambung pendengaran petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah.

Petisyen difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata sebarang komentar mengenai kes berkenaan, diklasifikasikan sebagai sub-judice kerana ia masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Beliau juga menyeru semua pihak, khususnya pihak berkuasa agama Islam negeri, badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam untuk terlibat sama ada sebagai pencelah, peguam pemerhati atau sahabat mahkamah pada prosiding kes itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619