AGENDA

Jentera HARAPAN Selangor, Pahang sedia bantu PRK Kemaman

13 Nov 2023, 1:23 AM
Jentera HARAPAN Selangor, Pahang sedia bantu PRK Kemaman

GOMBAK, 13 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dan Pahang bersedia membantu calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengerusi HARAPAN Pahang Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya telah berhubung dengan jentera parti di Pahang untuk membantu melancarkan PRK tersebut.

“Insya-Allah, kita akan bantu terutama lokaliti yang harus diberi tumpuan adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai. Sedikit sebanyak kita telah bersedia tetapi tugas membantu kepada gerak gempur dan tugasan calon BN.

“Sebenarnya kita pun ada 'based' (tapak) besar di situ sebab kita pernah sepenggal pada tahun 1999 mewakili kawasan tersebut.

“Insya-Allah, kita akan bantu berikan kemenangan kepada kerajaan perpaduan,” katanya,

Beliau ditemui ketika mengunjungi masyarakat India sekitar Parlimen Gombak menerusi jelajah sambutan perayaan Deepavali di sini semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman di Terengganu pada 2 Disember dengan dengan 18 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 28 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619