BERITA UTAMA

MB dan isteri ziarah, santuni masyarakat India di Sungai Tua

13 Nov 2023, 12:34 AM
MB dan isteri ziarah, santuni masyarakat India di Sungai Tua
MB dan isteri ziarah, santuni masyarakat India di Sungai Tua

GOMBAK, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar meneruskan tradisi menziarahi masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sempena sambutan Deepavali semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad memulakan ziarah dengan mengunjungi keluarga aktivis Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) R Shankar di Taman Amaniah, Batu Caves.

Ketibaan beliau dan isteri kira-kira jam 5.50 petang disambut dengan bakaran mercun sebagai simbolik menyambut tetamu dan dijamu hidangan putu mayam dan nasi minyak.

Ahli parlimen Gombak turut memenuhi permintaan tuan rumah serta tetamu yang teruja mahu bergambar selain mengagih duit raya kepada kanak-kanak.

[caption id="attachment_613177" align="alignnone" width="796"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi sampul duit raya ketika mengunjungi keluarga aktivis Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) R Shankar sempena Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Taman Amaniah, Gombak pada 12 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Shankar berkata aktiviti ziarah ketika perayaan Deepavali sudah sebati dalam diri Amirudin sebelum beliau memegang jawatan Dato’ Menteri Besar.

“Sifat Dato’ Menteri Besar sejak 2008 ketika menjadi Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves boleh datang ke rumah, borak secara santai sambil beraya menggembirakan komuniti India di sini.

“Saya amat berbesar hati dengan kedatangan beliau hari ini dan menghidangkan makanan kegemaran Dato’ Menteri Besar putu mayam yang dimasak oleh isteri,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619