AGENDA

MB: Subur amalan kunjung-mengunjung musim perayaan, kukuh perpaduan masyarakat

12 Nov 2023, 2:00 PM
MB: Subur amalan kunjung-mengunjung musim perayaan, kukuh perpaduan masyarakat
MB: Subur amalan kunjung-mengunjung musim perayaan, kukuh perpaduan masyarakat
MB: Subur amalan kunjung-mengunjung musim perayaan, kukuh perpaduan masyarakat
MB: Subur amalan kunjung-mengunjung musim perayaan, kukuh perpaduan masyarakat

GOMBAK, 12 NOV: Amalan kunjung-mengunjung ketika musim perayaan perlu disuburkan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Dato’ Menteri Besar berkata perayaan Deepavali termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua turut diraikan bersama masyarakat lain.

“Saya meneruskan tradisi musim perayaan Deepavali hari ini dengan ziarah 11 rumah untuk bertemu rakyat, kawan dan pimpinan parti (KEADILAN) yang beragama Hindu.

[caption id="attachment_613154" align="aligncenter" width="754"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menikmati hidangan ketika menziarahi keluarga Pengerusi Persatuan Penduduk Perkampungan India Batu Caves V Subramaniam Verasamy sempena Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Perkampungan India Batu Caves, Gombak pada 12 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Hampir semua tempat yang saya kunjungi, saya lihat ia menjadi aktiviti masyarakat di kalangan jiran dan sahabat handai di kalangan lapisan masyarakat yang wajar diteruskan demi menjamin perpaduan di negeri ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada Selangorkini.

Terdahulu, Amirudin bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad menziarahi Pengerusi Persatuan Penduduk Perkampungan India, V Subramaniam Verasamy di Kampung Baru Batu Caves, di sini.

[caption id="attachment_613156" align="aligncenter" width="724"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi keluarga Pengerusi Persatuan Penduduk Perkampungan India Batu Caves V Subramaniam Verasamy sempena Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Perkampungan India Batu Caves, Gombak pada 12 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin meluangkan masa kira-kira 20 minit di kediaman itu dan menikmati juadah nasi minyak bersama ayam masak merah.

Selain beramah mesra, Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak turut memenuhi permintaan tuan rumah serta tetamu yang mahu bergambar dan mengagih sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.

Sementara itu, V Subramaniam berkata amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan Amirudin ke rumah penduduk berbangsa India pada Deepavali perlu dijadikan contoh dan simbol mengeratkan perpaduan kaum di negeri ini.

[caption id="attachment_613155" align="alignleft" width="500"] Pengerusi Persatuan Penduduk Perkampungan India Batu Caves V Subramaniam Verasamy bercakap kepada Media Selangor ketika Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Perkampungan India Batu Caves, Gombak pada 12 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ini kali kelima Dato’ Menteri Besar mengunjungi kediaman saya yang sudah menjadi tradisi ketika perayaan Deepavali.

“Saya gembira dapat hidang juadah enak seperti nasi minyak, ayam masak merah dan tosei yang dimasak ahli keluarga,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619