AGENDA

Tosei, kari kambing juadah pilihan MB, ziarah sambutan perayaan Deepavali

12 Nov 2023, 8:06 AM
Tosei, kari kambing juadah pilihan MB, ziarah sambutan perayaan Deepavali
Tosei, kari kambing juadah pilihan MB, ziarah sambutan perayaan Deepavali
Tosei, kari kambing juadah pilihan MB, ziarah sambutan perayaan Deepavali

AMPANG JAYA, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa mengunjungi masyarakat India sekitar Parlimen Gombak hari ini menerusi jelajah sempena sambutan perayaan Deepavali.

Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad memulakan program dengan menziarahi keluarga Ketua Komuniti Kaum India DUN (Dewan Undangan Negeri) Hulu Kelang, R Surenthran di Kampung Fajar, Hulu Kelang di sini.

Ketibaan Amirudin dan isteri kira-kira jam 2 petang disambut persembahan kebudayaan masyarakat India.

[caption id="attachment_613119" align="aligncenter" width="811"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama keluarga Ketua Komuniti Kaum India DUN (Dewan Undangan Negeri) Hulu Kelang, R Surenthran sempena Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Kampung Fajar, Ampang Jaya pada 12 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin meluangkan masa kira-kira 45 minit di kediaman berkenaan dan memilih menikmati juadah sinonim dengan perayaan Deepavali iaitu tosei dan kari kambing.

Selain beramah mesra, Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak turut memenuhi permintaan tuan rumah serta tetamu yang teruja mahu bergambar dan berswafoto bersamanya.

Sementara itu, R Surenthran berkata tahun ini kali kedua Amirudin menziarahinya sekeluarga sempena Deepavali dan beliau berbesar hati dengan kedatangan itu.

“Ini satu penghormatan untuk kami sekeluarga. Saya dan isteri menyediakan juadah istimewa untuknya iaitu tosei dan kari kambing. Kami tahu beliau amat menyukainya.

[caption id="attachment_613120" align="alignleft" width="365"]
Ketua Komuniti Kaum India DUN (Dewan Undangan Negeri) Hulu Kelang, R Surenthran ditemui ketika Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Kampung Fajar, Ampang Jaya pada 12 November 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANUAR/SELANGORKINI[/caption]

“Beliau adalah pemimpin sentiasa cakna tentang keperluan kami di sini sudah pasti penduduk Kampung Fajar gembira dengan kehadirannya di sini,” katanya.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua seterusnya dijadualkan meneruskan siri jelajah sempena Deepavali sekitar Selayang dan Batu Caves petang ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619