AGENDA

SPRM lancar permainan digital didik orang ramai perangi rasuah

11 Nov 2023, 3:00 PM
SPRM lancar permainan digital didik orang ramai perangi rasuah

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan permainan digital mudah alih pendidikan antirasuah ‘Malaysian AntiCorruption Commission Augmented Reality (MACC AR)’.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Nazli Rasyid Sulong berkata permainan digital berkenaan dibangunkan sebagai usaha mendidik dan memelihara sokongan orang ramai terhadap usaha SPRM membanteras rasuah.

“Aplikasi permainan ini juga untuk digunakan sebagai salah satu bahan bantu mengajar di sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazli Rasyid berkata inisiatif itu adalah cetusan idea Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebagai usaha mendekati orang ramai serta murid sekolah agar cakna mengenai peranan SPRM dan bahaya rasuah dalam kehidupan.

Beliau berkata teknologi Augmented Reality atau AR membolehkan kandungan seperti animasi, video dan imej dipaparkan sebagai visual alam sebenar melalui penggunaan peranti pintar memudahkan pemahaman pelajar terhadap mesej antirasuah.

“Teknologi ini adalah salah satu dari tonggak Revolusi Industri 4.0 yang membolehkan kandungan disalurkan kepada pengguna dengan efektif melalui audio dan visual yang menarik,” katanya.

Katanya, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi platform GAMMA, Google Play, App Store dan AppGallery secara percuma.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619