AGENDA

Peruntukan RM100 juta bina infrastruktur pam air, jamin bekalan musim kemarau

11 Nov 2023, 3:11 AM
Peruntukan RM100 juta bina infrastruktur pam air, jamin bekalan musim kemarau

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri memperuntuk RM100 juta bagi meneruskan kerja pembinaan infrastruktur pengepaman di bawah Skim Jaminan Air Mentah (SJAM).

Dato’ Menteri Besar berkata SJAM membabitkan fasa satu iaitu menangani isu pencemaran air di Sungai Selangor dan fasa dua untuk memastikan kecukupan air mentah dalam menghadapi musim kemarau.

“Pada masa sama kolam SJAM berfungsi sebagai Rancangan Tebatan Banjir (RTB) semasa musim tengkujuh bagi mengurangkan risiko bah di kawasan sering berlaku banjir.

“Projek SJAM melibatkan pembinaan infrastruktur pengepaman di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih yang dijangka siap akhir tahun ini dan beroperasi suku pertama tahun depan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Amirudin berkata Skim Air Darul Ehsan (SADE) diteruskan pada 2024 dengan peruntukan RM40 juta dan memanfaatkan rakyat Selangor yang had minimum pendapatan RM5,000 sebulan.

Tambahnya, projek Skim Air Sungai Rasau akan menjadi sumber air baharu dan dianggar mampu menghasilkan 1,400 juta liter air terawat sehari.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata pembangunan loji rawatan air (LRA) menggunakan peruntukan Air Selangor berjumlah RM3.5 bilion dijangka siap 2025.

Katanya, bagi mengatasi pencemaran sumber air, RM60 juta telah dibelanja Kerajaan Negeri merangkumi rawatan biologikal bagi pemuliharaan kualiti air Sungai Gong dan Sungai Sembah.

Bagi menaiktaraf dan mempercepat penggantian rangkaian paip di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dato Menteri Besar berkata kira-kira RM150 juta setahun dibelanja untuk mengganti 250 kilometer paip setahun. Sekali gus mengurangkan gangguan pengguna dan kadar kehilangan air tidak berhasil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619