AGENDA

RM5 juta teruskan subsidi yuran KAFAI, bantu murid B40

10 Nov 2023, 12:58 PM
RM5 juta teruskan subsidi yuran KAFAI, bantu murid B40

SHAH ALAM, 10 NOV: Pemberian subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) diteruskan tahun depan membabitkan peruntukan RM5 juta secara sekali bayar.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata subsidi RM30 sebulan sejak dua tahun lalu bertujuan meringankan beban ibu bapa dan melancarkan pembelajaran murid-murid.

"Bayaran tersebut akan digunakan bagi menampung pembayaran utiliti termasuk sewaan premis, baik pulih bangunan, penyelenggaraan, kemudahan akses internet dan elaun guru.

"Usaha ini diharap menjadi suntikan dan galakan kepada masyarakat agar terus menyediakan pendidikan agama Islam untuk anak-anak berusia tujuh hingga 12 tahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Mula diagihkan pada 2022 dan pertengahan 2023, subsidi berkenaan menyelesaikan tunggakan yuran bulanan 22,226 ribu murid keluarga berpendapatan rendah dari 296 institusi KAFAI.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619