ADN

Bantuan RM3,600 setahun bantu rakyat depani kos hidup diteruskan

10 Nov 2023, 12:29 PM
Bantuan RM3,600 setahun bantu rakyat depani kos hidup diteruskan

SHAH ALAM, 10 NOV: Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) RM3,600 setahun bagi meringankan beban rakyat diteruskan tahun hadapan dengan peruntukan RM108 juta.

Dato' Menteri Besar berkata bantuan RM300 setiap bulan melalui e-wallet memanfaat 30,000 keluarga bagi tujuan pembelian barangan dan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan anak-anak.

"Inisiatif itu diteruskan berikutan keperluan untuk meningkatkan daya ketahanan bagi keluarga di negeri ini yang terkesan dengan cabaran ekonomi," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan sejumlah RM2.1 juta diperuntuk bagi menjayakan program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan pada tahun depan.

"Seramai 334 penerima bantuan daripada sembilan daerah telah menerima manfaat tahun ini dan kerajaan bersetuju meneruskan program berbentuk peralatan atau mesin tahun hadapan.

"Antara program lain yang dirancang adalah untuk mengadakan Karnival Blueprint bagi membantu penerima bantuan mengenengahkan produk-produk penerima bantuan selain memberi pendedahan kepada penerima bantuan tentang pasaran yang lebih meluas," katanya.

Inisiatif Bingkas menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) merupakan skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) membabitkan peruntukan RM108 juta.

Menerusi Bingkas, setiap keluarga yang layak akan menerima bantuan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun dan bayaran diagihkan menerusi aplikasi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619