AGENDA

Pasang pam air di Sungai Labu, tangani banjir kilat di persimpangan Kiwa

9 Nov 2023, 6:48 AM
Pasang pam air di Sungai Labu, tangani banjir kilat di persimpangan Kiwa
Pasang pam air di Sungai Labu, tangani banjir kilat di persimpangan Kiwa
Pasang pam air di Sungai Labu, tangani banjir kilat di persimpangan Kiwa

SEPANG, 9 NOV: Sebuah pam air akan ditempatkan di Sungai Labu bagi mengatasi masalah banjir kilat di persimpangan lampu isyarat Kiwa, Kota Warisan di sini.

Dato’ Menteri Besar berkata laluan dari Cyberjaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu sering dilanda banjir apabila hujan lebat.

[caption id="attachment_612529" align="aligncenter" width="724"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas meninjau kawasan terjejas banjir di persimpangan Kiwa, Sepang pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kejadian banjir kilat di persimpangan ini sebenarnya kerap kali berlaku. Puncanya adalah disebabkan pergerakan air perlahan selain pembangunan yang rancak di sekitarnya.

“Kita ada penyelesaian jangka panjang tetapi untuk jangka pendek ini kita meletakkan pam supaya dapat mempercepat aliran apabila kadar air meningkat,“ kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas meninjau laluan di persimpangan berkenaan.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dato’ Ahmad Razali.

[caption id="attachment_612488" align="aligncenter" width="730"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meluangkan masa meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan banjir sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Sepang pada 9 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau menambah Majlis Perbandaran Sepang juga akan mencari penyelesaian untuk mengalihkan air ke sungai berdekatan.

“Esok atau lusa akan mula projek tersebut dan kita akan usahakan untuk mengelakkan kejadian sama berulang di Kota Warisan,” katanya lagi.

Pada Ahad, sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa ditutup kepada pengguna susulan banjir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619