AGENDA

Pengunjung pesta buku Selangor berpeluang menang wang tunai hingga RM4,000

8 Nov 2023, 3:25 AM
Pengunjung pesta buku Selangor berpeluang menang wang tunai hingga RM4,000
Pengunjung pesta buku Selangor berpeluang menang wang tunai hingga RM4,000
Pengunjung pesta buku Selangor berpeluang menang wang tunai hingga RM4,000

SHAH ALAM, 8 NOV: Hadiah wang tunai RM500 ditawarkan kepada sembilan pengunjung bertuah setiap hari di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023, Disember ini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan ganjaran menerusi program cabutan bertuah itu antara tarikan dalam penganjuran tahun kedua SIBF.

“Jom sertai kami bermula 1 Disember hingga 10 Disember 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mulai 9 pagi hingga 9 malam.

“Ada cabutan bertuah, jualan buku, diskaun menarik, aktiviti, dan banyak lagi! Anda tidak mahu melepaskan peluang ini,” katanya menerusi Facebook.

SIBF yang julung kali dianjurkan pada tahun lalu merupakan kesinambungan Pesta Buku Selangor yang dianjur Kerajaan Negeri selama 16 tahun.

Pada tahun lalu, pesta buku berkenaan melibatkan 225 pempamer tempatan dan antarabangsa antaranya United Kingdom, Turki, North Macedonia, Korea Selatan dan Egypt.

SIBF 2022 merekodkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung dengan jumlah nilai jualan keseluruhan yang dicatatkan melebihi RM5 juta.

[caption id="attachment_594957" align="aligncenter" width="778"] Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 11 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619