AGENDA

Polis sahkan video tular kes culik di Sepang tidak benar

8 Nov 2023, 12:34 AM
Polis sahkan video tular kes culik di Sepang tidak benar

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Polis mengesahkan kejadian culik yang tular di media sosial baru-baru ini tidak benar, sebaliknya ia kes melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 31 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima laporan pada 9.30 pagi berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan sebuah kedai dobi di Sepang Putra, Selasa lalu.

Beliau berkata anggota dari Balai Sungai Pelek ke lokasi untuk membuat pemeriksaan namun pemandu kereta itu enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak melanggar motosikal polis yang diletakkan di tepi jalan dan memecut meninggalkan kawasan berkenaan.

“Polis menahan dua lelaki warga asing di depan sebuah hotel di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 1 tengah hari pada hari sama,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu direman 14 hari sehingga 18 November ini, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan kereta jenis Honda Civic kelabu didakwa menculik murid sekolah dan kanak-kanak yang bermain di luar rumah di sekitar Sepang dan Negeri Sembilan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619