AGENDA

Kebanyakan hospital, pusat kesihatan di Gaza hampir lumpuh

7 Nov 2023, 2:52 PM
Kebanyakan hospital, pusat kesihatan di Gaza hampir lumpuh

BAITULMUQADDIS, 7 NOV: Ketika serangan Israel ke atas Gaza memasuki sebulan, kebanyakan hospital dan pusat penjagaan kesihatan terpaksa menutup operasi disebabkan dibom atau akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.

Tentera penceroboh Israel melakukan sekurang-kurangnya 102 serangan ke atas pusat penjagaan kesihatan sejak tercetusnya pertempuran di wilayah yang dikepung pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO berkata serangan itu mengakibatkan 504 maut, 459 cedera, kerosakan pada 39 kemudahan dan menjejaskan 31 ambulans.

Agensi kesihatan PBB itu juga menggesa "orang awam dan pusat penjagaan kesihatan dilindungi".

Menurut pejabat media Gaza, hanya 18 hospital yang masih beroperasi tetapi dalam keadaan yang sangat sukar akibat kehabisan bahan api dan bekalan perubatan.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.

Sekurang-kurangnya 10,022 rakyat Palestin, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita, terbunuh sejak itu.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619