AGENDA

Enggan beri pinjam duit, lelaki cedera ditetak rakan

7 Nov 2023, 11:00 AM
Enggan beri pinjam duit, lelaki cedera ditetak rakan

SEREMBAN, 7 NOV: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menetak rakannya, selepas rakannya itu enggan meminjamkan wang, dalam kejadian di Bukit Pelandok, Port Dickson di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berumur 33 tahun dengan 12 rekod jenayah berkaitan dadah itu merupakan individu yang dikehendaki polis, dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan polis turut merampas sebilah parang di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah pada 1.50 pagi tadi, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian.

Dalam kejadian semalam, polis menerima laporan daripada orang awam pada pukul 6.15 petang berhubung serangan hingga mengakibatkan seorang lelaki berumur 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan kiri, siku kanan serta lutut kanan.

“Punca kejadian adalah kerana lelaki itu enggan meminjamkan wang kepada suspek, dan suspek ketika itu yang dalam pengaruh alkohol bertindak melanggar serta menyerang mangsa menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619