AGENSI

Pengunjung harap jualan murah lebih kerap menjelang Deepavali

7 Nov 2023, 10:08 AM
Pengunjung harap jualan murah lebih kerap menjelang Deepavali
Pengunjung harap jualan murah lebih kerap menjelang Deepavali
Pengunjung harap jualan murah lebih kerap menjelang Deepavali
Pengunjung harap jualan murah lebih kerap menjelang Deepavali

KLANG, 7 NOV: Rata-rata penduduk India berharap Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Kerajaan Negeri diadakan lebih kerap menjelang perayaan Deepavali.

M Amudawali, 67, berkata jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sentiasa ditunggu-tunggu kerana harga ditawarkan murah selain barangannya berkualiti.

[caption id="attachment_612167" align="alignleft" width="263"] M Amudawali[/caption]

"Saya harap PKPS dapat anjurkan program JER ini setiap hari menjelang musim perayaan Deepavali untuk kami kaum India membeli-belah barangan asas sebagai persiapan perayaan.

"Sebelum ini setiap kali JER dianjurkan berhampiran sini saya memang tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah kerana barangnya murah berbanding pasaran," katanya.

Beliau antara lebih 300 individu yang hadir ke JER peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang di Sekolah Agama Kampung Sijangkang di sini hari ini.

[caption id="attachment_612168" align="alignright" width="247"] Susilawati Abd Rahim[/caption]

Suri rumah, Susilawati Abd Rahim, 48, berharap JER diteruskan dan dapat dianjurkan setiap hari bagi memudahkan penduduk berpendapatan rendah (B40) membeli-belah barangan asas.

"Saya selalu berkunjung ke JER kerana barangan ditawarkan murah dan berbaloi jika dibandingkan dengan harga di pasaran. Harap ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya.

Manakala Teoh Soo Eng, 52, yang baharu pertama kali berkunjung ke JER teruja dengan harga ditawarkan selain berharap lebih banyak barangan ditawarkan selepas ini.

[caption id="attachment_612170" align="alignleft" width="272"] Teoh Soo Eng[/caption]

"Kebetulan jualan murah hari ini dianjurkan di depan rumah dan saya ambil peluang untuk membeli-belah, memang sangat murah. Saya harap selepas ini JER ada kedai lebih mudah apabila ia setempat," jelasnya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619