AGENDA

Saksi aksi Harimau Malaya sambil sumbang ke tabung Palestin

6 Nov 2023, 10:46 AM
Saksi aksi Harimau Malaya sambil sumbang ke tabung Palestin

PETALING JAYA, 6 NOV: Peminat bola sepak tempatan berpeluang menyumbang kepada Palestin ketika menonton aksi skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan pada saingan Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 16 Novomber ini.

Ia selepas RM2 daripada setiap pembelian tiket perlawanan itu akan disumbangkan ke tabung Palestin sebagai tanda soladiriti serta bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza ketika ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan harga tiket iaitu RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak enam hingga 12 tahun bagi Kategori Terbuka; RM60 bagi Kategori Grandstand dan RM80 bagi Kategori Premium.

“Penetapan harga tiket tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk peningkatan semasa kos berkaitan iaitu melibatkan kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.

“Penetapan RM40 bagi Kategori Terbuka adalah berdasarkan taraf perlawanan ini iaitu perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang pastinya berbeza dengan harga tiket perlawanan antarabangsa Tier 1 iaitu RM30 bagi Kategori Terbuka,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM dipengerusikan Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Pada masa sama, RM1 daripada setiap jualan tiket bagi perlawanan menentang Kyrgyzstan akan disumbangkan ke tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dilaksanakan FAM sejak Mac lalu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619