PBT

MPAJ menang anugerah emas di China hasil inovasi pengumpulan air hujan

2 Nov 2023, 6:00 AM
MPAJ menang anugerah emas di China hasil inovasi pengumpulan air hujan

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengharumkan nama negara apabila menerima pengiktirafan tertinggi anugerah emas menerusi International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2023 di Beijing, China baru-baru ini.

Diwakili Kumpulan Archy daripada Jabatan Bangunan dan Senibina, MPAJ memperkenalkan inovasi ‘Pocket Water’ iaitu sistem pengumpulan air hujan (SPAH) bersifat mudah alih dan merangkumi pelbagai aspek pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan konvensyen antarabangsa terbabit menjadi platform dan tanda aras MPAJ untuk mencari rakan strategik dalam usaha mengembang dan mengkomersial inovasi tersebut.

“Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada MPAJ dalam usaha melestarikan pembangunan inovasi ke arah mencapai visi bandar digital dan berdaya huni menjelang 2025,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, pihak yang berminat menjadi rakan strategik berkaitan inovasi boleh hubungi Pengarah Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat MPAJ, Rosliza Mohd di talian 03-42968180 atau e-mel rosliza@mpaj.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619