ad
AGENDA

Operasi van transit diperluas ke Ampang, Bandar Utama, USJ bulan ini

1 Nov 2023, 2:30 PM
Operasi van transit diperluas ke Ampang, Bandar Utama, USJ bulan ini
Operasi van transit diperluas ke Ampang, Bandar Utama, USJ bulan ini

KUALA LUMPUR, 1 NOV: Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) diperluaskan ke lebih banyak kawasan mulai bulan ini susulan permintaan tinggi orang ramai.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata zon baharu ialah di Ampang, Bandar Utama dan USJ sekali gus meningkatkan rangkaian perkhidmatan van itu yang telah pun beroperasi di Puchong, Gombak dan Selayang

"Fasa seterusnya akan diteruskan pada tahun hadapan di empat zon iaitu di Shah Alam, Klang, Hulu Kelang dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Perkhidmatan ini memberi tumpuan di kawasan padat dan laluan sempit yang tidak boleh dilalui Bas Smart Selangor. Orang ramai boleh muat turun aplikasi untuk mendapatkan perkhidmatan van DRT," katanya selepas majlis penutup program Selangor E-Commerce Xccelerator 2023 (ECX23) kohort pertama di Menara PNS di sini, hari ini.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi memperkasa pengangkutan awam di bawah program Selangor Mobiliti.

Sebanyak RM22 juta diberi kepada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneruskan pelaksanaan Bas Smart Selangor manakala RM3 juta lagi bagi pelaksanaan Selangor Mobiliti Fasa Pertama yang merangkumi perkhidmatan van DRT.

Perkhidmatan van DRT akan melengkapkan ekosistem pengangkutan awam negeri dan berfungsi berdasarkan permintaan menerusi aplikasi penghalaan pintar, bukan seperti bas henti-henti.

[caption id="attachment_611138" align="aligncenter" width="689"] EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han dan Ketua Pegawai Eksekutif Badan Bas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi aplikasi mobi bagi van transit atas permintaan (DRT) Mobi di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.