EXCO

1,150 penduduk Kuala Selangor dapat baucar RM200 sempena Deepavali

1 Nov 2023, 11:30 AM
1,150 penduduk Kuala Selangor dapat baucar RM200 sempena Deepavali
1,150 penduduk Kuala Selangor dapat baucar RM200 sempena Deepavali

SHAH ALAM, 1 NOV: Seramai 1,150 golongan berpendapatan rendah sekitar Parlimen Kuala Selangor menerima baucar Jom Shopping sempena Deepavali.

Ahli parlimennya berkata baucar bernilai RM200 diagih secara berperingkat melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati (400), Ijok (400) dan Jeram (350).

[caption id="attachment_404183" align="aligncenter" width="811"] Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad[/caption]

"Minggu lalu sumbangan daripada Kerajaan Negeri ini sudah diserahkan kepada penerima DUN Bukit Melawati di Lotus’s Kuala Selangor manakala hujung minggu ini kepada DUN Jeram dan Ijok.

“Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka menyediakan keperluan sekali gus memeriahkan sambutan perayaan Deepavali mereka,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kepada Selangorkini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Belanjawan tahun ini memperuntuk RM16.48 juta bagj memanfaatkan 82,400 penerima selepas nilai baucar dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619