AGENDA

Insentif MamaKerja RM1,000 boleh dipohon mulai hari ini

1 Nov 2023, 5:00 AM
Insentif MamaKerja RM1,000 boleh dipohon mulai hari ini

SHAH ALAM, 1 NOV: Permohonan skim MamaKerja yang diperkenal bagi meringankan beban wanita bekerjaya boleh dimohon mulai 10 pagi ini, kata EXCO pembangunan wanita.

Anfaal Saari berkata inisiatif sekali bayar RM1,000 itu boleh dimohon menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau laman sesawang https://mamakerja.selangkah.my/

“Jom ibu-ibu di Selangor, muat turun dan daftar di aplikasi SELangkah atau di laman web https://mamakerja.selangkah.my/. untuk mendapat insentif sekali bayar sebanyak RM1,000.00.

“Terhad kepada 5,000 pemohon berjaya sahaja,” katanya di Facebook.

Minggu lalu, Anfaal mengumumkan insentif untuk wanita bekerja yang merupakan antara manifesto Kerajaan Negeri ditawarkan kepada rakyat ketika pilihan raya negeri pada Ogos.

Melibatkan peruntukan RM5 juta, skim layak dimohon wanita bekerja memiliki tiga anak berusia bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000 dan bantuan diterima selepas 14 hari permohonan.

Syarat kelayakan lain seperti berikut:

  • Wanita bekerja dan bermajikan
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • Mengundi di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619