AGENDA

Malaysia sokong sidang tergempar OIC, tegas menentang keganasan Israel

31 Okt 2023, 2:32 PM
Malaysia sokong sidang tergempar OIC, tegas menentang keganasan Israel

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghubungi pihak Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran mengadakan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi catatan di laman Facebook malam ini.

“Sidang ini juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri di Dewan Rakyat telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat OIC bagi membincangkan isu Palestin.

Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel pula memaklumkan Bernama bahawa republik itu menjalin kerjasama erat dengan negara ini dalam isu Palestin termasuk berkaitan penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata perkara itu turut dibincang oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Anwar semasa lawatan dua hari Perdana Menteri ke Turkiye pada 21 Okt lepas.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619