ADN

ADN Meru seru wanita bekerja, miliki anak kecil mohon insentif MamaKerja RM1,000

31 Okt 2023, 12:32 PM
ADN Meru seru wanita bekerja, miliki anak kecil mohon insentif MamaKerja RM1,000

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 31 OKTOBER: Wanita bekerja dan mempunyai anak kecil digalak memohon insentif MamaKerja yang dibuka bermula esok, kata wakil rakyat Meru,

Mariam Abdul Rashid berkata program yang menawarkan bantuan wang tunai RM1,000 itu antara usaha Kerajaan Selangor untuk meringankan kos penjagaan anak untuk wanita bekerja

"Golongan sasar perlu merebut peluang yang ditawarkan bagi meringankan kos penjagaan anak kecil. Saya sarankan semua golongan ibu yang bekerja memohon skim ini.

"Insya-Allah jika menepati syarat ditetapkan, mereka akan menerima wang tunai RM1,000. Saya difahamkan program ini ada kuota ditetapkan, tetapi golongan ibu bekerja boleh cuba memohon," katanya kepada Selangorkini.

Insentif MamaKerja boleh dimohon melalui https://mamakerja.selangkah.my/. Pertanyaan lanjut boleh diajukan di talian Selcare 1-800-22-6600.

Pada 26 Oktober, EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari melancarkan insentif yang bakal memanfaatkan 5,000 wanita bekerja di seluruh negeri dengan peruntukan RM5 juta.

Manfaat tersebut akan diberikan kepada wanita bekerja yang mempunyai tiga anak berusia 12 tahun ke bawah dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000.

Penerima insentif MamaKerja akan menerima RM1,000 dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap dibuat

Syarat kelayakan lain seperti berikut:

  • Wanita bekerja dan bermajikan
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • Mengundi di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619