AGENDA

Miliki, beli, jual, edar senjata angin, tiruan akan dikenakan tindakan

31 Okt 2023, 11:56 AM
Miliki, beli, jual, edar senjata angin, tiruan akan dikenakan tindakan

SHAH ALAM, 31 OKT: Polis tidak akan berkompromi terhadap perbuatan memiliki, membeli, menjual dan mengedar senjata angin dan tiruan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang gusar tentang urusan pembelian, penjualan dan pengedaran secara dalam talian apa sahaja senjata termasuk senjata angin atau tiruan yang mudah diperoleh.

Susulan itu, Hussein menasihati masyarakat agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti itu atau berdepan tindakan undang-undang.

"Tahun lalu, tindakan undang-undang telah diambil berhubung satu kejadian melepaskan tembakan menggunakan senjata tiruan di Shah Alam dengan suspek kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan dihukum denda RM1,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata penggunaan senjata tiruan juga boleh mendatangkan kecederaan sehingga parah dan menyebabkan kematian.

“Bagi kesalahan mengakibatkan kecederaan, ia boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.

"Bagi kesalahan mencederakan orang yang menyebabkan kematian, ia boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Selain itu, Hussein berkata bagi kegiatan membeli, menjual, memiliki dan mengedarkan apa-apa senjata berbahaya selain senjata api, ia merupakan kesalahan bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara satu tempoh tidak melebihi dua tahun dan disebat,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619