AGENDA

Kajian SSPA bakal tamatkan penantian penjawat awam nikmati skim gaji lebih baik

30 Okt 2023, 10:30 AM
Kajian SSPA bakal tamatkan penantian penjawat awam nikmati skim gaji lebih baik
Kajian SSPA bakal tamatkan penantian penjawat awam nikmati skim gaji lebih baik

SHAH ALAM, 30 OKT: Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka menamatkan penantian lebih sedekad penjawat awam untuk memperoleh skim gaji dan elaun yang lebih baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) berkata kajian yang bakal dimuktamadkan hujung tahun depan sedang melalui sesi libat urus dan soal selidik.

[caption id="attachment_585781" align="aligncenter" width="785"] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak) Datuk Armizan Mohd Ali ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 25 Mei 2023. Foto BERNAMA[/caption]

“Sehingga 25 Oktober lalu, enam libat urus diperingkat kementerian dan agensi serta 10 libat urus diperingkat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah diadakan.

“Secara keseluruhannya, seramai 13,659 penjawat awam telah menghadiri sesi berkenaan. Baki tiga negeri lagi dijangka selesai dalam tahun ini juga,” kata Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (RUU) Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Armizan, kajian SSPA tidak pernah meminggirkan negeri tertentu dan ia perlu dilaksana secara menyeluruh bagi menghasilkan keputusan yang telus.

Jelasnya, fokus kajian adalah meliputi dasar pengurusan sumber manusia daripada fasa sebelum lantikan, semasa dalam perkhidmatan dan selepas tamat perkhidmatan.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan menerusi kajian SSPA.

Anwar menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619