AGENDA

Cubaan seludup kuda laut ke negara jiran gagal

30 Okt 2023, 3:50 AM
Cubaan seludup kuda laut ke negara jiran gagal

ALOR SETAR, 30 OKT: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar 90 kilogram (kg) kuda laut bernilai RM180,000 ke Thailand tanpa dokumen sah dalam satu operasi Rabu lalu.

Pengarah Maqis Kedah Hisham Abu Bakar berkata operasi pada jam 4 petang itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di laluan penumpang (eksport).

"Hasil pemeriksaan bersama yang dilakukan mendapati 90 kg kuda laut dianggarkan bernilai RM180,000 tanpa sebarang dokumen sah iaitu tanpa Permit Eksport daripada Maqis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

"Tindakan penguatkuasaaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619