AGENSI

PKPS tawar delima gred A import dari Mesir, tiga biji RM10

29 Okt 2023, 3:35 AM
PKPS tawar delima gred A import dari Mesir, tiga biji RM10
PKPS tawar delima gred A import dari Mesir, tiga biji RM10

SHAH ALAM, 29 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan buah delima gred A di semua rangkaian outlet Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan trak Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai hari ini.

Agensi pertanian negeri berkata buah yang diimport dari syarikat pembekal makanan dari Mesir dijual pada harga RM10 untuk tiga biji menerusi promosi sehingga Disember.

"Jom dapatkan buah delima gred A di empat outlet PKPS dan tiga lokasi trak JER. tiga biji RM10 sahaja," tulisnya di Facebook.

Berikut lokasi jualan buah delima:

  • Outlet Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam
  • Outlet Wisma PKPS, Seksyen 9, Shah Alam
  • Outlet Ehsan PKPS, Meru
  • Kios Ehsan Selangor Fruit Valley
  • Tiga lori JER (tiga lokasi)

[caption id="attachment_610417" align="aligncenter" width="709"] EXCO Industri Asas Tani Ir Izham Hashim (empat, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim (tiga,kiri) bergambar bersama selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Green For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 27 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Semalam, PKPS memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Greenery For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd (Greenery) dari Mesir bagi membuka pasaran import dan eksport makanan kering serta buah-buahan selain perkongsian teknologi pertanian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619