AGENDA

Kerajaan ambil langkah intervensi sekiranya masalah kemurungan meningkat

28 Okt 2023, 12:23 PM
Kerajaan ambil langkah intervensi sekiranya masalah kemurungan meningkat

KUCHING, 28 OKT: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengambil langkah intervensi sekiranya masalah kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami kemurungan cenderung untuk tidak melaporkan keadaan diri mereka atau berjumpa dengan psikiatri.

“Jadi agak sukar untuk kita (kementerian) mendapatkan data yang tepat…perkara ini juga melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika ada fakta dan angka, ia boleh membantu kita untuk bertindak, apa yang boleh kita bantu terutamanya dari segi intervensi,” katanya selepas menghadiri majlis Penyerahan Bantuan Deepavali di sini, hari ini.

Nancy berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang kejadian bayi maut yang tertinggal di dalam kereta dalam dua kejadian berasingan, baru-baru ini.

Setakat ini, katanya kementerian masih menunggu keputusan siasatan pihak polis kerana ia melibatkan disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiga hari lepas, seorang bayi berusia setahun telah dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus.

Sementara dalam satu lagi kejadian pada 6 Okt lepas, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619