AGENDA

Malaysia hantar 50 tan bantuan ke Gaza melalui Mesir

28 Okt 2023, 10:58 AM
Malaysia hantar 50 tan bantuan ke Gaza melalui Mesir

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Sejumlah 50 tan barangan utama bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta untuk rakyat Palestin di Gaza siap sedia untuk dihantar ke Gaza melalui Mesir.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan berkata barangan ini dikumpul melalui kempen Ops Ihsan oleh lebih 40 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada 21 dan 22 Okt lepas.

“Penghantaran pertama barangan kemanusiaan ini dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al Arish melalui penerbangan kargo sewaan khas pada 3 Nov atas pembiayaan kerajaan Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Penghantaran seterusnya melalui laut dan akan digerak sebaik mendapat butiran terkini dari lapangan oleh Pasukan Ops Ihsan ke bandar Ismaliyah, Mesir dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata jumlah keseluruhan kutipan yang dikumpul menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diselia KLN bagi membantu rakyat Palestin akibat konflik terbaharu yang melanda di Semenanjung Gaza sebanyak RM81 juta.

Menurut kementerian, penerimaan sumbangan ini ke dalam akaun sedang dalam proses, sehingga hari ini (28 Okt), sejumlah RM23 juta telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.

Kementerian berkata jumlah itu termasuk dana yang diterima daripada syarikat korporat yang menjanjikan sumbangan sewaktu Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung AAKRP pada 19 Okt di Sri Perdana.

Berikutan jumlah sumbangan yang tinggi masuk ke dalam akaun AAKRP, pengeluaran resit rasmi sumbangan melalui AAKRP ini akan mengambil sedikit masa.

Sumbangan tunai boleh disalur melalui AAKRP melalui pautan https://shorturl.at/begq8.

Sumbangan yang dibuat melalui AAKRP layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619