AGENDA

Palestin sambut baik keputusan UNGA terima resolusi seru gencatan senjata

28 Okt 2023, 3:31 AM
Palestin sambut baik keputusan UNGA terima resolusi seru gencatan senjata

RAMALLAH, 28 OKT: Presiden Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera, selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi yang ditaja oleh Jordan itu.

Beliau berkata perkembangan itu mengesahkan sokongan majoriti dunia terhadap rakyat Palestin dan isu Palestin masih mendapat perhatian, lapor Agensi Berita WAFA.

Dengan menerima 120 undi menyokong resolusi itu menunjukkan dunia menolak pencerobohan terhadap wilayah Palestin dan pemindahan paksa dari tanah air mereka.

Beliau berkata dunia mesti melaksanakan resolusi itu dengan serius dan ia hanya boleh dicapai melalui perdamaian, selaras dengan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan berdasarkan penyelesaian dua negara.

Resolusi berkenaan diluluskan pada Jumaat dan menurut laman sesawang PBB pengundian pada Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi tersebut diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619