AGENDA

Dua penjaga pusat jagaan kanak-kanak ditahan disyaki dera, lakukan amang seksual

27 Okt 2023, 1:45 PM
Dua penjaga pusat jagaan kanak-kanak ditahan disyaki dera, lakukan amang seksual

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Polis menahan masing-masing seorang lelaki warga asing dan tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes dera dan amang seksual di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Lembah Jaya Selatan, Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua suspek berusia 27 tahun itu ditahan 5 petang di Jalan Sri Kemuning susulan dua laporan polis yang dibuat.

“Laporan polis dibuat oleh (mangsa) dua kanak-kanak yatim berumur 13 dan 14 tahun di Balai Polis Ampang Jaya pada 1.36 tengah hari dan 2.03 petang," katanya.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati punca seorang daripada mangsa dipukul adalah disebabkan bermain telefon di dalam bilik.

"(Mangsa) mengalami lebam di bahagian paha dan betis kiri dan kesan bengkak di pipi kiri manakala seorang lagi pengadu tiada kecederaan," katanya.

Menurut Mohd Azam, seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

"Kedua-dua suspek yang masing-masing bekerja sebagai penjaga dan penjaga sukarelawan di pusat jagaan berkenaan direman sehingga 2 November bermula hari ini," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619