AGENDA

Kebocoran arus elektrik punca dua pekerja gerai burger maut

27 Okt 2023, 11:48 AM
Kebocoran arus elektrik punca dua pekerja gerai burger maut

PUTRAJAYA, 27 OKT: Kebocoran arus yang disebabkan oleh kabel bekalan fasa hidup yang luka dan terkena pada kerangka kabin gerai jenis besi dan zink, dikenal pasti punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Taman Bercham Jaya, Ipoh, Perak hingga meragut dua nyawa, pada 15 Oktober lalu.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan hari ini berkata penemuan itu adalah hasil siasatan yang dijalankan suruhanjaya selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

“Ini telah menyebabkan kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila tersentuh dengan bahagian badan kabin gerai yang bertenaga tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian pada 15 Oktober lalu, dua lelaki berusia 14 dan 30 tahun yang sedang bekerja di gerai burger ditemukan tidak sedarkan diri di tepi gerai akibat terkena renjatan elektrik, dan disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

ST berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati berlaku kecuaian atau kesalahan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

Suruhanjaya turut menggariskan beberapa panduan keselamatan penggunaan elektrik untuk rujukan pemilik, pengusaha perniagaan dan orang ramai antaranya memastikan tiada sambungan elektrik secara haram, dan melantik kontraktor elektrik dan orang kompeten yang berdaftar dengan ST untuk menjalankan kerja pendawaian elektrik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619