BERITA UTAMA

Negeri lulus peruntukan kecemasan RM10 juta baiki tanah runtuh di Kajang

27 Okt 2023, 10:17 AM
Negeri lulus peruntukan kecemasan RM10 juta baiki tanah runtuh di Kajang
Negeri lulus peruntukan kecemasan RM10 juta baiki tanah runtuh di Kajang

SHAH ALAM, 27 OKT: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan kecemasan berjumlah RM10 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan cerun dan tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Kajang.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata kejadian yang berlaku beberapa hari lalu itu menjejaskan kediaman 27 keluarga dan ketika ini semua mangsa diarah meninggalkan rumah masing-masing.

“Masalah ini berlaku sudah lama namun belum diselesaikan. Jadi ia semakin teruk dan berlaku pergerakan tanah dalam beberapa hari lepas. Ini memberi risiko keselamatan.

[caption id="attachment_610391" align="alignleft" width="500"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim bercakap kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan untuk Palestin di Bilik Mesyuarat MTES, Shah Alam pada 27 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Jadi kita mahu kerja pembaikan dibuat segera. Sekarang Majlis Perbandaran Kajang uruskan kediaman sementara mangsa dengan mencari rumah sewa. Kerja menstabilkan tanah akan dilakukan segera,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan sumbangan RM1 juta Kerajaan Negeri kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar hari ini.

Pada Julai, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Menterinya Nga Kor Ming memaklumkan peruntukan RM2 juta disalur bagi kerja kecemasan kawasan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619