PBT

MBSA beri sumbangan RM156,000 kepada 52 sekolah terlibat PRN

27 Okt 2023, 10:16 AM
MBSA beri sumbangan RM156,000 kepada 52 sekolah terlibat PRN

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM 27 OKT: Sebanyak 52 sekolah yang digunakan pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM156,000.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataan memaklumkan inisiatif RM3,000 kepada setiap sekolah akan digunakan bagi menambah baik kemudahan asas.

“Sekolah yang terlibat adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Sungai Kandis, Kota Kemuning dan Batu Tiga.

"Dengan sumbangan ini, diharap dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan memanfaatkan kemudahan dan persekitaran lebih selesa serta kondusif,” katanya.

Majlis serahan cek cura disampaikan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Ir Chemiri Tarman kepada Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd Alias Awang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619