PBT

Saringan kesihatan percuma, jualan murah di Gombak hujung minggu ini

27 Okt 2023, 8:30 AM
Saringan kesihatan percuma, jualan murah di Gombak hujung minggu ini

SHAH ALAM, 27 OKT: Orang ramai dijemput memeriahkan Hari Prihatin Rakyat yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik anjuran Pejabat Ahli Parlimen Gombak hujung minggu ini.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi Facebook memaklumkan program diadakan di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak mulai 10 pagi hingga 5 petang.

"Antara aktiviti yang diadakan ialah saringan kesihatan percuma dan Jualan Ehsan Rahmah, karnival kerjaya terbuka Perkeso dengan temu duga terbuka dari pelbagai majikan, edaran baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan pendaftaran air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE).

“Taklimat skim Perkeso untuk suri rumah serta pekerja gig, pemeriksaan jantung percuma oleh Poliklinik Gomez dan pendaftaran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) juga menanti pengunjung," katanya.

Aktiviti lain seperti sukan, pertandingan mewarna kanak-kanak, kaunter pameran dan jualan asnaf.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619