ADN

Depani peralihan monsun, ADN Pelabuhan Klang anjur gotong-royong

27 Okt 2023, 7:26 AM
Depani peralihan monsun, ADN Pelabuhan Klang anjur gotong-royong
Depani peralihan monsun, ADN Pelabuhan Klang anjur gotong-royong

SHAH ALAM, 27 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang menganjur kempen gotong-royong sebagai persediaan menghadapi peralihan monsun hujung tahun ini.

Azmizam Zaman Huri berkata program bersama masyarakat itu untuk memastikan longkang tidak dipenuhi sampah sekali gus memastikan sistem saliran lancar.

“Perubahan monsun telah bermula dan kawasan Pelabuhan Klang berisiko banjir kilat sekiranya air pasang. Menjadi tanggungjawab bersama memastikan alam sekitar bersih dan sentiasa galak adakan gotong-royong.

"Jika tidak ambil langkah pembersihan, ia akan mengganggu sistem saliran dan menyebabkan air tidak dapat mengalir,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_449822" align="alignnone" width="803"] Azmizam Zaman Huri turun padang bersama Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Klang dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesan aliran air menembusi benteng namun tidak membimbangkan. Foto: Facebook Pusat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang[/caption]

Tambah Azmizam, antara langkah lain diambil adalah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya.

“Saya juga telah meminta pihak-pihak terbabit untuk memantau sistem saliran sedia ada dan bersedia sekiranya berlaku kejadian air pasang yang mengakibatkan banjir kilat.

“Antara kawasan yang cepat dinaiki air jika air pasang ialah di Taman Telok Gedong, Pandamaran Jaya dan Kampung Idaman,” katanya.

Fasa peralihan monsun daripada Monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut bermula pada 19 September dan berterusan sehingga November depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619