AGENSI

175 calon SPM B40 dapat akses bahan pendidikan digital sumbangan Air Selangor

27 Okt 2023, 2:31 AM
175 calon SPM B40 dapat akses bahan pendidikan digital sumbangan Air Selangor
175 calon SPM B40 dapat akses bahan pendidikan digital sumbangan Air Selangor

SHAH ALAM, 27 OKT: Seramai 175 pelajar kurang berkemampuan yang bakal menduduki menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mendapat akses kepada bahan pendidikan digital sumbangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Pemangku ketua pegawai eksekutifnya berkata sumbangan langganan aplikasi Pandai Premium memanfaat 70 anak-anak warga kerja Air Selangor dan selebihnya pelajar bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dan Kampung Batu 3, Semenyih.

Menurut Ir. Abas Abdullah, agensi berkenaan turut bekerjasama dengan Pandai Education Sdn Bhd (Pandai) bawah program tanggungjawab sosial korporat bagi menyediakan kursus pendidikan yang interaktif, mampan dan lestari.

[caption id="attachment_606217" align="aligncenter" width="804"] Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Ir Abas Abdullah berucap ketika Sidang media Pelaksanaan Kerja-kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan dan pengantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat pada 5 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Inisiatif ini merupakan lanjutan daripada usaha memperkasakan pembelajaran dalam talian yang diperkenalkan pada 2020 bagi membantu anak-anak daripada golongan berpendapatan rendah B40 meneruskan pembelajaran.

“Menerusi aplikasi Pandai Premium pelajar-pelajar bakal menduduki SPM kekal cemerlang dan terus diberikan perhatian dalam menerima pembelajaran yang berkualiti,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut berharap menerusi langganan aplikasi pembelajaran dalam talian itu meningkatkan pencapaian akademik pelajar terlibat.

Pandai Premium merupakan pelan langganan lengkap yang membolehkan pelajar untuk memperoleh antaranya soalan latihan, ujian dan nota.

Turut disediakan menerusi aplikasi yang boleh diakses apda bila-bila masa ialah tuisyen dalam talian untuk semua subjek dan contoh soalan peperiksaan untuk ulangkaji.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619