PBT

Ramalan cuaca tidak menentu, MPKj siap sedia kemungkinan bah

25 Okt 2023, 7:17 AM
Ramalan cuaca tidak menentu, MPKj siap sedia kemungkinan bah

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

HULU LANGAT, 25 OKT: Anggota penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir susulan ramalan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun ini.

Pemangku Yang Dipertua MPKj Mohd Fareez Mohd Ariss@Mohd Hatta berkata pihaknya mempunyai kekuatan 120 anggota termasuk dari Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) jika bencana berlaku.

“Dari segi aset,  kita mempunyai lima bot dan dua lori tangki termasuk lima pusat pemindahan sementara (PPS) di bawah MPKJ.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan menyediakan tambahan bantuan sekali ganda. Kemudahan asas di PPS juga akan ditambah bagi memberi keselesaan.

"Selain itu, MPKj juga bekerjasama dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Hulu Langat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan beberapa agensi lain bagi melancarkan operasi jika berlaku bencana.,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan di Menara MPKj hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fareez berkata pihaknya dengan kerjasama  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) turut membersihkan parit dan longkang bagi mengelakkan saluran air tersumbat jika hujan berterusan.

"Isu parit dan longkang tersumbat antara tumpuan pihak kami selain keadaan kolam takungan. Kita harap banjir tidak akan berlaku namun pihak kami bersiap siaga dengan segala kemungkinan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619